BERAPA HARI KENA TINGGAL KERETA?

Soalan ni memang kerap kami terima, terutamanya untuk pelanggan yang ingin mendapatkan servis penukaran cermin kenderaan menggunakan insuran.

Tuntutan insuran untuk cermin kenderaan tidak sama seperti tuntutan insuran ketika kemalangan di mana kereta perlu tinggal di bengkel dahulu sehingga proses claim selesai, baru pihak bengkel akan mula membaiki kerosakan kenderaan.

Tukar cermin kenderaan ni, pelanggan hanya perlu bawa dokumen sokongan yang diperlukan, bawa datang bengkel, dah boleh tukar cermin baru. Mudah kan? Proses penukaran cermin hanya mengambil masa 2 jam sahaja. Dan sekiranya anda nak add on tint, tempoh siap sekitar 2-3 jam. Tint akan dipasang pada cermin dahulu baru cermin dipasang pada body kereta.

Tak perlu tinggal kereta. Ruang menunggu yang selesa & wifi percuma disediakan buat pelanggan kesayangan kami. Sekiranya nak tinggal kereta, nak pergi shopping dulu ke, dah siap baru ambil. Pun boleh. 😉

Jom roger kami. Kita bincang tentang masalah cermin kenderaan anda. Tak cover insuran? Tiadamasalah. Kami bagi harga terbaik, servis kekal tiptop.