Bengkel Servis Cermin Kenderaan Nizam Autoglass
Sejak 2016, Nizam Autoglass telah berjaya selesaikan beribu-ribu masalah cermin kenderaan para pelanggan kami. Semakin ramai yang meyakini & menyokong Nizam Autoglass. Anda bagaimana?
Kenali Kami
Nizam Autoglass Enterprise (NAGEP) telah beroperasi sepenuhnya bermula Februari 2016, bertempat di Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor. 3 tahun kemudian, kami telah melebarkan sayap dengan membuka cawangan kedua di Saujana KLIA, Sepang pada September 2019.
Bermula Mei 2022, kami telah bertukar ke syarikat sendirian berhad di bawah naungan Nizam Auto Glass Specialist Sdn Bhd.
Pemilik syarikat ini iaitu Encik Ahmad Nizam berpengalaman menukar dan membaiki kerosakan cermin kereta akibat serpihan batu, keretakan dan sebagainya selama lebih 10 tahun. Boleh menukar & membaiki cermin kenderaan tempatan seperti Proton dan Perodua, juga cermin kenderaan luar negara seperti Toyota, Mercedes, BMW dan sebagainya.
Para pelanggan kami tidak terhad di sekitar KL/Selangor sahaja, malah kami terima pelanggan dari merata negeri dalam Semenanjung Malaysia. Sanggup datang jauh-jauh dari Kedah/Perak/Pahang/Melaka/N.Sembilan kerana yakin dengan servis pembaikan dan penukaran cermin kenderaan di Nizam Autoglass. Allahu, terharunya kami.
Juga tak dilupakan, kami juga turut terima panggilan telefon & wasap dari mereka yang berada di Sabah & Sarawak meminta khidmat nasihat & konsultasi berkenaan cermin kenderaan serta tuntutan insuran.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT, yang lemah itu dari kami sendiri. Dan kami akan berusaha perbaiki dari semasa ke semasa. InsyaAllah.
Hanya Yang Terbaik
MISI
Visi NAGS adalah untuk menjadi sebuah bengkel servis cermin kereta anak muda muslim Bumiputera yang dikenali dengan kualiti kerja yang baik dan memainkan peranan utama dalam bidang autoglass.
VISI
Visi NAGS adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti tinggi serta dapat memberi hasil yang terbaik kepada pelanggan kami. NAGS juga akan berperanan menjadi penasihat bagi memastikan para pelanggannya menjaga cermin kenderaannya dengan baik dan cara yang betul.
Bagi memastikan misi ini berjalan dengan berkesan, NAGS berkomited dengan hasil kerja, memastikan kerja dan peralatan yang digunakan adalah baik dan berkualiti, serta melahirkan lebih ramai pekerja-pekerja yang bertanggungjawab dan berdedikasi semasa menjalankan tugas.
DOOR2DOOR SERVIS
Kami yakin dengan servis door2door, kami akan dapat membantu lebih ramai pelanggan kami yang tidak berkesempatan atau berdekatan dengan bengkel kami untuk mendapatkan servis penukaran cermin kereta dan seterusnya mendapatkan pengetahuan tentang penjagaan cermin kereta yang sebenar.